Alamat KIamat Yang Kelima Keluar Puak Qahtani

Keluar pula puak Qahtani dan Jahja' dan Hisham dan Maq'ad dan lain-lainnya kemudian daripada turun nabi Isa a.s dan kemudian daripada zahir Imam Mahdi. Telah meriwayat Abu Hurairah r.a hadith yang marfu'; sabda Rasulullah s.a.w, "Turun Isa bin Maryam ke bumi membunuh ia akan Dajjal dan diam ia di bumi di dalam masa 40 tahun. Beramal ia dengan mereka (puak) itu, akan kitab Allah (Quran) dan sunnah aku. Maka manakala mati nabi Isa, menuntut mereka(puak) itu akan seorang daripada Bani Tamim ganti nabi Isa sehingga diangkatkan Quran." Dan riwayat Alia' Salmi ; sabda Rasulullah s.a.w, "Tiada berdiri kiamat hingga hingga keluar seorang lelaki daripada puak Qahtani, menghalau ia akan manusia dengan tongkatnya. Dan riwayat daripada Sulaiman bin Isa : berkata ia, "Telah sampai khabar akan daku bahawasanya Imam Mahdi memerintah ia akan dunia di dalam masa 14 tahun di Baitulmaqdis. Kemudian ia pun kembali ke rahmatullah. Maka zahir pula seorang lelaki daripada kaum Tabi' yang dikatakan baginya Mansor dan Qahtani. Diam ia di Baitulmaqdis di dalam masa 21 tahun, kemudian ia pun terbunuh. Maka diperintah Baitulmaqdis oleh Muwali di dalam masa 2 tahun maka ia pun mati terbunuh pula. Selepas itu, Baitulmaqdis diperintah oleh Hisham di dalam masa 3 tahun 4 bulan 10 hari."

No comments:

Post a Comment