Alamat Kiamat Yang Ke Sebelas Diangkatkan Quran

Gambaran Al-Quran diangkat ke langit.
Maka dikehendaki dengan diangkatkan Quran di akhir zaman kelak ialah diangkatkan sekalian lafaz-lafaz Quran yang ditulis itu (hanya tinggal kertas sahaja). Dan diperlukan akan Quran itu bagi mereka yang hafaz Quran. Dan diriwayatkan daripada Ibnu Umar bersabda Nabi Muhammad s.a.w : “Bahawasanya tiada berlaku kiamat melainkan apabila dikembalikan Quran ke tempatnya yang asal. Maka adalah Quran berderu-deru suaranya di sekeliling Arasy seperti berderu-deru suara lebah. Maka berfirman Allah S.W.T : “Apakah hal engkau hai Quran?” Maka berkata Quran itu: “Hal aku daripada engkau jua, yakni keluar dan kembali aku kepada engkau jua. Bahawasanya aku dibaca orang dan tiada diamalkan dengan daku. Ketika itulah diangkatkan aku kepada asalku."

No comments:

Post a Comment