Alamat Kiamat Yang Keempat Keluar Yakjuj Makjuj

Yaitu keluar Yakjuj Makjuj adalah puak-puak mereka itu terbahagi kepada tiga puak:-

  1. Puak yang pertama tingginya seperti pokok Tamar ialah setinggi-tingginya hingga 120 hasta lebih kurang.
  2. Puak yang kedua tinggi dan besar sama sahaja yaitu empat persegi dan telinganya sangat besar, sebelah daripada telinganya itu dijadikan hamparan tempat tidurnya, dan telinga yang sebelah lagi itu dijadikan kain selimutnya. 
  3. Puak yang ketiga badannya sehabis-habis rendah yaitu tingginya sekadar sejengkal dan sesetengahnya ada dua jengkal tingginya. 
Dan bahawasanya tempat keluar mereka itu daripada antara dua bukit yaitu daripada negeri Turkistan yang asli kemudian ditutup oleh Zulkarnain. Maka adalah Turki itu terbahagi kepada dua bahagian. Pertama ialah Turki Turkistan yang tersebut itu. Kedua ialah Turki Uthmaniyah yaitu Turki yang berpindah daripada negeri Turkistan kepada negeri Kostantaniah kerana tewas peperangan mereka itu dengan kaum Tatar yang sempadan dengan mereka itu. Kerana adalah kaum Tatar itu tersangat kuat lagi ramai dan sangat kejam perbuatannya sehingga membunuh kanak-kanak dan membelah sekalian perut perempuan-perempuan yang bunting. Jika difahamkan daripada ilmu alam sekarang dengan peta-peta, boleh jadi kaum Yakjuj Makjuj itu ada di bahagian Tanah Syria. Tetapi dengan sebab tidak berjumpa oleh ahli siasah akan mereka itu kerana telah melindung oleh Allah Taala daripada pandangan mata mereka itu sebagaimana melindung oleh Allah Taala akan Dajjal daripada pandangan ahli siasah. Maka wajiblah sekalian kaum muslimin mengiktikadkan bahawa Yakjuj Makjuj itu masih ada sekarang kerana dalil bagi yang demikian itu daripada firman Allah s.w.t, "Telah berkata oleh mereka itu (Kaum Zulkarnain) Wahai Zulkarnain, bahawasanya kaum Yakjuj Makjuj itu telah membinasalah mereka itu akan segala isi yang ada di muka bumi ini." Maka yang dikehendaki dengan kaum pada ayat itu ialah keturunan daripada anak cucu yaitu Nabi Nuh dan Zulkarnain itu ialah keturunan daripada anak cucu sama anak Nabi Nuh juga kerana anak Nabi Nuh itu tiga orang. Dua orang daripadanya itu yang telah tersebut dahulu dan satu lagi bernama Ham.

                    
                                                      "KEADAAN ISKANDAR ZULKARNAIN"

Sesungguhnya adalah Zulkarnain itu ialah seorang wali bukannya nabi, atas qaul sahih namanya Iskandar. Anak bagi seorang perempuan tua, maka perempuan tua itu tidak ada anak yang lain daripadanya. Warna kulitnya hitam dan masuk Islam ia di bawah tangan Nabi Ibrahim serta beragama dengan agama Nabi Ibrahim. Minta doa Nabi Ibrahim baginya dan telah berwasiat Nabi Ibrahim baginya dengan beberapa wasiat. Nabi Khidir itu ialah anak emak saudaranya (Zulkarnain) serta menteri baginya.         Maka adalah di antara Nabi Ibrahim dengan Nabi Nuh ialah 1000 tahun. Dan di antara Nabi Ibrahim dengan Nabi Muhammad ialah 4000 tahun lebih. Maka jumlah masa terkurung Yakjuj Makjuj itu hingga sampai sekarang ini lebih kurang 4978 tahun. 

No comments:

Post a Comment