Kisah Perang Turki Yang Amat Dahsyat Daripada Bunuhan Di Dalam Peperangan

Maka peperangan yang tersebut itu ialah lepas daripada binasa Sufian. Tatkala itu, ikat perjanjian oleh Mahdi akan berhenti peperangan dengan Turki pada negeri Rom itu dengan ikatan perdamaian di dalam masa 9 tahun. Perang oleh orang Islam serta mereka itu (Rom) akan seteru di pihak belakang mereka itu (Rom) ialah puak-puak Parsi. Maka didapatkan pertolongan mereka mereka itu (Muslimin dan Rom) dan dapat mereka itu ghanimah (harta rampasan perang). Dan berpaling mereka itu hingga berhenti mereka itu (Muslimin dan Rom) pada satu tempat sebab mengiktikad mereka itu akan salib itu oleh sesuatu perkara yang memberi bekas. Maka berkata oleh seorang daripada puak-puak Rom itu, "Telah mengalah oleh salib akan seteru mereka itu (Parsi)". Dan berkata oleh seorang daripada muslimin, "Salah iktikad mereka itu, bahkan Allah yang mengalah akan seteru mereka itu (Parsi). Maka menafilah di antara kedua-dua puak.

Maka sengaja oleh seorang Muslim membinasa akan salib itu. Dengan sebab yang demikian itu, bergerak oleh puak-puak Rom akan orang yang memecah akan salib mereka itu. Lalu membunuh oleh mereka itu akan Muslim yang memecah akan salib. Setelah bernyala-nyala api peperangan di antara puak muslim dengan mereka itu (Rom), maka berbunuh-bunuhan di antara orang-orang Muslim dengan orang Rom. Maka memulia Allah akan jemaah-jemaah Muslimin dengan mati syahid. Maka berkata puak Rom bagi raja mereka itu, "Telah memadai oleh kami daripada membuat zalim oleh mereka itu (Arab) akan dikau kerana kami telah bunuh sekalian orang yang berani daripada puak-puak mereka itu (Muslimin Arab). Maka berhimpun puak-puak di dalam masa 9 bulan sekadar masa bunting perempuan. Kemudian maka berjalanlah mereka itu (Rom) dengan 80 puluh jemaah, dan tiap-tiap jemaah itu berjumlah 12 000 yang berhenti sekalian mereka itu di bandar A'maq (satu tempat dekat Halib) dan Antokiyyah tempat turun air yang banyak yang tiada pernah kering melainkan pada waktu musim panas jua. Maka datanglah beberapa puak daripada ahli bandar A'maq kepada puak-puak Rom yang berhenti di bandar A'maq itu. Yaitu mereka yang terpilih di masa itu daripada ahli bandar yang tersebut ialah jemaah Imam Mahdi dahulu yang berserta dengannya dan bersaf-saflah ahli bandar itu. Berkatalah puak-puak Rom, "Biarkan olehmu akan kami supaya kami perangkan mereka yang menawan akan anak bini kami". Kemudian maka berkata pula Muslim daripada ahli bandar itu, "Demi Allah kami

No comments:

Post a Comment