Keadaan Pakaian Imam Mahdi

Maka adalah Imam Mahdi itu tatkala zahir ia ke dunia, memakailah ia satu serban. Di atas serban itu ada satu malaikat yang menyeru dengan katanya,"Inilah Mahdi khalifah Allah. Ikutlah olehmu akan dia dengan hati yang tulus ikhlas serta yakin." Kemudian keluar daripada serban itu satu tangan yang mengisyarat ia kepada Imam Mahdi dengan baiah (akad janji). Dan ada pada Imam Mahdi itu satu baju Rasulullah s.a.w, satu pedang , dan satu bendera warna merah daripada kain bulu, berbunga hitam tertulis pada bendera itu (Al-baia'tullah) ertinya bermula perjanjian itu bagi Allah. Maka adalah baju itu tiada pernah dibuka setelah wafatnya Rasulullah s.a.w, melainkan apabila zahir Imam Mahdi barulah dibuka.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment