Alamat Yang Hampir Zahir Imam Mahdi Ke Dunia

Maka adalah alamat yang hendak keluar Imam Mahdi itu yaitu ada beberapa perkara:-
Gambaran naik tanduk di langit.
  1. Pecah sungai Furat (sungai yang besar di dalam Baghdad) masuk ke laut Parsi. 
  2. Gerhana bulan pada awal malam daripada bulan Ramadhan, dan gerhana matahari daripada awal bulan Ramadhan. Maka kedua-dua gerhana itu belum pernah berlaku semenjak dijadikan langit dan bumi.
  3. Gerhana bulan dua kali pada bulan Ramadhan. 
  4. Naik tanduk di langit umpama beberapa gigi.
  5. Naik bintang yang berekor yang cerah di pihak Masyrik.
  6. Zahir api yang besar daripada pihak Masyrik selama tiga malam ataupun tujuh malam.
  7. Zahir kelam pada langit.
  8. Zahir merah pada langit yang berhamburan ia pada segala tepi langit yang lain daripada merah di tepi langit yang biasa.
  9. Seruan yang umum daripada langit kepada sekalian ahli bumi dan mendengar sekalian ahli bumi dengan loghat masing-masing bahawa Mahdi telah zahir. 
  10. Tenggelam kampung Khurastan di dalam negeri Syam(Syria). 
  11. Diserukan daripada langit akan nama Mahdi dengan seruan yang tersangat kuat hingga mendengar oleh ahli bumi daripada Masyrik ke Maghrib. Maka orang yang tidur menjadi jaga, orang yang berdiri menjadi terduduk dan orang yang duduk menjadi terdiri di atas dua kakinya kerana terkejut.
  12. Fenomena Gerhana Bulan.
  13. Zahir jemaah daripada lelaki-lelaki berkuda di dalam bulan Syawal. Kemudian maka kedengaran suara yang menunjuk atas batal peperangan di dalam bulan Zulkaedah kemudian jatuh peperangan di dalam bulan Zulhijjah serta jatuh bersamun-samunan akan orang-orang haji dan jatuh berbunuh-bunuhan yang besar hingga mengalir darah di atas Jamratul Aqabah di Mina (tempat melontar). Berlakunya gempa bumi dan datang dua seruan daripada pihak langit. (Seruannya yang pertama) yaitulah seruan daripada malaikat dengan katanya, "Ketahui olehmu bahawa seorang yang keluar pada bumi yang bernama Mahdi; itu sebenarnya keluarga Muhammad." (Seruannya yang kedua) yaitulah seruan syaitan dengan katanya, "Ketahui olehmu bahawa seorang yang keluar pada bumi yang bernama Mahdi itu sebenarnya keluarga Isa."

No comments:

Post a Comment